Adbrite

The Arsenal

The Arsenal
Inilah Barisan Kita

Kenapa Nama Blog Ni Nama Pak Leman

Seperti fan Arsenal yang lain, mereka ada minat hero masing2, minat Henry, ada yang minat Bergkamp, aku je lain sikit pasal bile main bola ni la posisi aku.. Kenapa tak pilih Gol Keeper lain? Sebab selama aku sokong Gunners ni, ni la Gol Keeper yang aku kagumi, penuh kontroversi dan jujur bile cakap sesuatu... Paling penting sanggup buat apa sahaja untuk menang.. You know?? Hehehehe...

Saturday, November 7, 2009

Serigala Kena Kitai

Kan gua dah cakap yang McCarthy ni bengap. Taktikal die tu memang nampak bagus tapi lu silap besar la nak implement taktikal lu kat team mcm Arsenal ni. Kalau team macam MU tu mungkin bolehla kot. Liverpool jangan cakaplah.

Macam yang gua cakap sebelum ni, Wolves nak all-out dengan Arsenal pagi tadi. Tapi lu orang tengoklah bila dorang betul-betul all-out tadi,gua tak risau langsung. Pasal nila peluang Arsenal nak wat counter attack. Kan lu orang tengok 1st half je dah kena 3. Sapa kata main all-out ngan Arsenal berhasil??Patutnya McCarthy ni pikir dulu dan kaji betul-betul game Arsenal. Lu kena tunggu peluang terbaik untuk attack Arsenal.Time last-last minit barulah lu orang all-out. Lu contohi la manager West ham yang kitai Arsenal last-last minit. Tapi gua agak susah skang lu orang nak hold sampai last minit. 2nd half baru lu orang tengok Wolves ni dah slow sikit.Pastu dapat plak Wolves ni gol sebijik. Gua memang xleh blah walaupun gua dah agak memang Arsenal akan kena gak bolos satu. Memang betul Jody Craddock ni tanduk last minit gol saguhati untuk dorang qiqah sorang satu. Jadila satu gol. Tapi yang gua pelik tuh, Vermaelen tu tunduk nape?memang dah pakat ke nak result gini tiap-tiap game??Pelik gak gua.Papehal pun yang penting 3 mata.

Dan semoga mesej Eduardo tu sampai kat tempat dia tulis tuh. Gua heran gak ape pasal fans Wolves boo dia.Maybe sebab diving die tu kot.Papepun, gol Eduardo tu smart ah. Sekali lagi gua naik heran nape FA tak bagi gol tu kat Eduardo. Gua rase banyak gak gol deflection yang FA bagi kat team-team lain. Macam Setan Merah. Maybe sebab dia Eduardo kot...

Papepun, prediction gua pagi tadi memang mengena. Kalau lu orang nak gua predict mana-mana game lagi,jangan segan silu kontek gua. Setakat nak predict game Arsenal de Sarandi kat liga Argentina pun takdak hal la...Kehkehkeh...

Gua harap malam ni Mankayu kalah.Boleh kita dok no 2 lama sikit ye dak...

Serigala Jadian pun main bola?

Tadi bila gua tengok game Kelantan dengan Negeri 9 tadi macam rasa tak puas je. Yelah, gua ingat lagi dulu bila Perak kena titik dengan Kedah 3-0 yang masa tu Ahmad Shahrul Azhar dengan Khalid kena buang padang. Mandjou pulak injured. Sama la macam game yang gua tengok tadi. Orang kata tak macam yang kita expect. Kelantan main berterabur gila. Passing tah pape. Leh kata la yang dorang ni overrated. Macam-macam tempias publisiti kena kat team dorang macam Negeri 9 tak wujud pun. Penyokong Gomo Kelate Gomo pun 75% aku rase tadi.Takpelah Kelate,hangpa cuba lagi no..Mai mana plak cakap Kedah ni.

Ok berbalik kepada game Arsenal malam ni(pagi la kot), gua dengar yang anak buah McCarthy nak main all out.
Berani dia nak main all out ngan Arsenal??Sedangkan team yang letak bas depan gol pun leh kena kitai,inikan pulak team yang nak all-out ngan Arsenal. Tapi baguslah,gua pun dah bosan tengok Arsenal asyik kontrol ball je,gua nak tengok gak team lain melawan skit.

haha..berlagak betul statement atas tuh.

Apapun,lu orang dah boleh agak result ni macamane. Kalau tak Arsenal menang,Wolverhampton kalah la.Kalau gua nak buat prebiu panjang-panjang cerita pasal statistik match, sejarah Wolves, prediction line-up ke ape,blog lain dah banyak cerita kan?

So, lu orang tengok jela kul 1.30 jagi.Jangan jadi macam Kelantan tadi dahla. Time orang expect team hebat menang,depa kalah pulak.
Jangan gitu ye anak-anak..

Wolverhampton 1 Arsenal 4

Wednesday, October 28, 2009

Arsenal 2 - LivAreFool 1

Alan Wiley segera mengeluarkan bola pantai.Takut nanti fans The Kop menggunakan alasan sama minggu lepas. Kali ni dah tak bolehla guna alasan kalah sebab bola pantai.
Terima kasih Alan Wiley...

Arsenal Lawan Liverpool (Untuk Kanak-kanak sahaja)

Demi membuktikan yang blog ni masih hidup...Aku buat gakla preview game Carling cup ni. Jangan lupa tengok pukul 3.45 nih. Kalau mamak tak pasang, ko cabut plug lampu dia, biar semua tak dapat tengok...Hahahaha. Takpun tengok je kat internet memana yang laju. Kalau internet yang slow macam siput sedut tu, pegila cari alternatif lain. Tengok rumah awek ke, kat rumah jiran ke, tengok kat Dataran Merdeka ke(erkk??)...

Untuk pagi ni, Nasri Kandar dan fabianski akan start. Tapi Vela tak dapat dikesan. Wenger pun pening tengah cari dia ni. Dia kata nak pegi beli aiskrim jap lepas balik training tadi. Tapi bila check-in hotel, tak jumpa plak dia ni. Entahlah, ngorat awek sampai terlepas bas le tu kot.

Papepun, mengambil kira situasi semasa dan prestasi kedua pasukan, tak mustahil Arsenal akan meneruskan langkah ke pusingan seterusnya. Tapi dalam bolasepak macam-macam boleh jadi. Entah-entah penalti last2 ke, entah-entah pengadil berat ke Lvpool ke, entah-entah permainan Arsenal tak menjadi ke....Sapalah tahu kan...

So, aku predict 3-2...

Friday, July 10, 2009

Walcott sedia untuk langkah seterusnya.


Theo Walcott berkata pasukan Arsenal yang kebanyakkanya terdiri daripada pemain muda telah belajar dari kesilapan musim lalu dan berazam akan membawa piala pulang ke Stadium Emirates musim depan.

Kebanyakkan pemain senior Arsenal telah kembali ke latihan pra-musim.

Namun Walcott masih berehat setelah diberikan rehat tambahan setelah beraksi untuk pasukan England bawah 21 tahun dalam kejohanan eropah U-21.

Walcott tahu bahawa mereka harus lebih matang daripada musim lepas dan tidak mengulangi kesilapan jika mereka ingin mencatatkan keputusan yang lebih baik daripada musim lalu.

Menurutnya, pasukan Arsenal adalah masih muda dan mereka mengambil segala yang ditempuhi musim lalu sebagai pengajaran. Namun untuk musim hadapan, mereka mahukan piala.

Walcott, yang terlepas sebahagian besar jumlah perlawanan musim lepas akibat kecederaan, sama seperti pemain tengah Cesc Fabregas berharapat tidak mendapat kecederaan teruk musim depan, agar dapat memberikan pasukannya peluang lebih cerah dalam segenap pertandingan yang disertai mereka.

Dengan kemunculan semula para pemain yang terpaksa diketepikan musim lalu akibat kecederaan seperti pemain tengah, Tomas Rosicky, Walcott percaya Arsenal boleh bersaing dengan lebih konsisten musim depan, ditambah dengan pemain-pemain baru.

Saturday, July 4, 2009

Florentina jelaskan isu Melo

Florentina telah menjelaskan isu berhubung Felipe Melo yang dikatakan telah bersetuju menyertai Juventus, dengan menyatakan bahawa mereka hanya telah membuat perbincangan dengan Arsenal berhubung pemain itu.

Melo terlibat dalam pengaturan antara Arsenal dan kelabnya Florentina berhubung perpindahan ke kelab London itu.

Namun dia telah menandatangani kontrak mengikatnya kepada Florentina sehingga 2013 dengan klausa perlepasan sebanyak 25 juta Euro.

Namun laporan sebelum ini menunjukkan seolah-olah dia telah bersetuju menyertai Juventus.

Ini menyebabkan pihak Florentina memberi penjelasan menyatakan pemain itu hanya terlibat dalam perbincangan perpindahan dengan Arsenal.

Penjelasan itu juga menjelaskan bahawa Florentina ingin melibatkan pemain Arsenal Emmanuel Eboue dalam pertukaran pemain itu untuk mengurangkan nilai perpindahan itu.

Penjelasan itu diharap memberikan gambaran sebenarnya berhubung perpindahan pemain itu.

Arsenal mungkin berminat dengan tawaran yang diberikan sekiranya jumlah wang yang perlu dibayar dapat dikurankan.

Thursday, July 2, 2009

Arsenal tandatangani Wilshere.


Pasukan Arsenal telah berjaya menandatangani pemain berpotensi, Jack Wilshere untuk kontrak jangka masa panjang, yang menjajikannya masa depan dengan pasukan Gunners itu.

Aaron Ramsey, seorang lagi pemain muda kelab itu juga telah mengikat lanjutan kontrak, seiring dengan konsep kelab tersebut yang terkenal dengan pemabangunan pemain muda.

Wilshere telah menjadi pemain termuda menyarung jersi Arsenal di peringkat domestik dan Eropah.

Pada umur hanya 17 tahun, pengurus pasukan Arsene Wenger berharap pemain muda ini mempunyai masa depan yang cerah bersama pasukan itu.